Wednesday, March 24, 2010

Sejarah Ringkas Penubuhan dan Perkembangan Sekolah

Sejarah titik perubahan sekolah ini adalah bermula pada akhir tahun 1950. Idea penubuhan sekolah ini dicapai apabila berlakunya pengasingan dan himpunan penduduk pada masa darurat pada tahun 1950.Semasa itu bilangan penduduk di kampung ini ialah seramai 300 orang.
Mereka memikirkan adalah perlu ditubuhkan sebuah institusi Pembelajaran dan pendidikan bagi mendidik anak-anak mereka.Dengan itu tertubuh sebuah sekolah persendirian hasil daripada kehendak dan usaha sama masyarakat setempat.Ketika itu bilangan murid di sekolah ini seramai 50 orang sahaja.Disebabkan kampung ini adalah kawasan penempatan yang baru, maka sekolah ini diberi nama “ SIN CHONE ” yang membawa makna “ PERKAMPUNGAN BARU ” .

Pada tahun 1951 seramai 200 orang penduduk telah ditempatkan di kampung ini. Maka kadar pertambahan murid telah meningkat. Hasil daripada usaha sama dan sumbangan derma daripada MCA, terbina sebuah bangunan kayu untuk dijadikan sekolah.

Baginda Sultan Ismail Nasaruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin ( Sultan Negeri Terengganu ) ketika itu telah mencemarkan diri untuk merasmikan penubuhan Sekolah Sin Chone ini. Turut hadir meraikan penubuhan dan perasmian sekolah ini ialah Tuan Pegawai Daerah Dungun, Encik Tan Eng Ann J.P., Encik Chong Tien See J.P., Encik Tan See Yiu ( Bekas Guru Besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( C ) Chee Mong, Paka, Terengganu ) dan Encik Pua Mok Chuan PJK ( Bekas Pengerusi Jumaah Pengurus Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( C ) Kwang Hwa, Dungun, Terengganu ).

Pada tahun 1954, sebuah lagi bangunan kayu telah dibina bagi menampung pertambahan pelajar ketika itu. Pada tahun 1962 keseluruh pentadbiran sekolah ini diletak bawah pengusahaan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia.Sebelum itu, semua perbelanjaan dan tanggunggan kewangan adalah didapati hasil daripada sumbangan derma penduduk-penduduk kampung.

Pada tahun 1966, pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi membina sebuah bangunan kekal yang mengandungi 3 buah bilik darjah. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menterian Pelajaran Malaysia pada masa itu,Encik Lee Sok Yew pada 27hb. Mach 1963.Pada tahun 1981 , Encik Tai See Ping telah dilantik memegang jawatan sebagai Guru Besar di sekolah ini. Sepanjang pentadbiran beliau banyak perubahan dan kemajuan telah dicapai, di antaranya ialah menyediakan kemudahan eletrik dan air, pengubahsuaian bangunan memperbaharui pembinaan pagar sekolah serta mengecat bangunan.


No comments:

Post a Comment