Kami anggota SJK(C) Sin Chone berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
- Memastikan semua murid yang berkebolehan dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap satu.
- Merancang dan memberi peluang yang secukupnya bagi murid mengembang diri dan mencari ilmu pengetahuan supaya mereka berkeyakinan dan berupaya mengurus diri.
- Mengasuh murid-murid supaya berakhlak mulia dan berdisiplin.
- Mewujudkan budaya menyayang.
- Melahirkan dan mengembangkan minat membaca murid-murid.
- Mencapai prestasi pencapaian akademik yang cemerlang.
- Memperluaskan penglibatan murid-murid dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan meningkatkan prestasi pencapaiannya.
- Melengkapkan sekolah dengan segala kemudahan terutamanya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta memastikan kemudahan ini digunakan dengan sepenuhnya dan dengan berkesan.
- Menjadikan kawasan sekolah satu suasana yang bersih, indah dan selesa.
- Mengeratkan perhubungan antara sekolah dengan badan-badan dan agensi-agensi berkaitan supaya bersehati dan bersehaluan untuk sama-sama membangunkan sekolah ini.
No comments:
Post a Comment