Thursday, April 15, 2010

Senarai Guru Besar SJK ( C ) Sin Chone

BilNama Guru BesarTempoh Perkhidmatan
1Encik Yang Meng TongTidak Dapat Dikesan
2Encik Soo Kee SengTidak Dapat Dikesan
3Encik Choo Ching KiatTidak Dapat Dikesan
4Encik Yeo Yam Kiat01.01.1957 – 31.03.1957
5Encik Tong San Eng01.04.1957 – 31.12.1957
6Encik Goh Pick Yee01.01.1958 – 31.12.1959
7Encik Foo Ming Yan01.01.1960 – 31.12.1960
8Encik Goh Kheng Guang01.01.1961 – 31.12.1973
9Encik Wong Un Woei01.01.1974 – 31.10.1980
10Encik Tai See Ping01.11.1980 – 20.06.1989
11Cik Yeo Kin Hwa21.06.1989 – 28.02.1994
12Encik Chow Keng Onn01.03.1994 – 15.11.1998
13Encik Khaw Kian Hup16.11.1998 – 16.06.2000
14Cik Yeo Kin Hwa08.07.2000 – 31.04.2005
15Puan Tan Lee Eng01.05.2005 – 15.12.2008
16Puan Tan Sow Hwa @ Tan Siew Hwa01.04.2009 – 16.11.2014
17Encik Leong Mun Keat05.01.2015 - Sekarang

Thursday, March 25, 2010

Piagam Pelanggan

Kami anggota SJK(C) Sin Chone berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

- Memastikan semua murid yang berkebolehan dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap satu.

- Merancang dan memberi peluang yang secukupnya bagi murid mengembang diri dan mencari ilmu pengetahuan supaya mereka berkeyakinan dan berupaya mengurus diri.

- Mengasuh murid-murid supaya berakhlak mulia dan berdisiplin.

- Mewujudkan budaya menyayang.

- Melahirkan dan mengembangkan minat membaca murid-murid.

- Mencapai prestasi pencapaian akademik yang cemerlang.

- Memperluaskan penglibatan murid-murid dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan meningkatkan prestasi pencapaiannya.

- Melengkapkan sekolah dengan segala kemudahan terutamanya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta memastikan kemudahan ini digunakan dengan sepenuhnya dan dengan berkesan.

- Menjadikan kawasan sekolah satu suasana yang bersih, indah dan selesa.

- Mengeratkan perhubungan antara sekolah dengan badan-badan dan agensi-agensi berkaitan supaya bersehati dan bersehaluan untuk sama-sama membangunkan sekolah ini.

Wawasan Sekolah

  • Tekun belajar demi mencapai keputusan yang cemerlang.

  • Memupuk semangat sebagai seorang murid yang berdisplin, berbudi bahasa, penyayang dan berilmu.


  • Memupuk tabiat suka membaca demi meningkatkan kemahiran mengarang.


  • Memperluaskan pembelajaran dan penggunaan Bahasa Malaysia,Bahasa Cina,Bahasa Inggeris.

  • Menanam semangat cintakan keluarga, sekolah dan negara.




  • Memelihara kesihatan fizikal & mental serta rohani ke arah memupuk sebuah sekolah kecemerlangan.

Visi, Misi dan Matlamat Sekolah

学校展望 VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


 
学校宗旨 MISI SEKOLAH
 
 
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara



MATLAMAT SEKOLAH


  • Mengukuhkan MEMBACA, MENULIS dan MENGIRA
  • Meningkatkan prestasi pencapaian PBS dan UPSR
  • Melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya menguruskan diri
  • Memperluaskan penglibatan pelajar dan meningkatkan prestasi pencapaian aktivti-aktiviti ko-kurikulum
  • Mewujudkan budaya penyayang, bekerjasama dan kekitaan di sekolah
  • Menjadikan kawasan sekolah taman yang bersih, ceria dan selamat

Definisi Lencana


Biru                                                
Melambangkan perpaduan kaum dikalangan pada pelajar dan juga masyarakat setempat

Kuning                                           
Melambangkan hormat,setia dan jujur kepada raja,bangsa dan negara

Obor Menyala                             
Melambangkan keaktifan para pelajar dalam bidang sukan

Buku                                              
Melambangkan kerajinan dan kejayaan di bidang pelajaran

Empat Jejari Warna Kuning

Melambangkan moto sekolah iaitu “ Rajin,Bersih,Hormat dan Jujur ”

Wednesday, March 24, 2010

Sejarah Ringkas Penubuhan dan Perkembangan Sekolah

Sejarah titik perubahan sekolah ini adalah bermula pada akhir tahun 1950. Idea penubuhan sekolah ini dicapai apabila berlakunya pengasingan dan himpunan penduduk pada masa darurat pada tahun 1950.Semasa itu bilangan penduduk di kampung ini ialah seramai 300 orang.
Mereka memikirkan adalah perlu ditubuhkan sebuah institusi Pembelajaran dan pendidikan bagi mendidik anak-anak mereka.Dengan itu tertubuh sebuah sekolah persendirian hasil daripada kehendak dan usaha sama masyarakat setempat.Ketika itu bilangan murid di sekolah ini seramai 50 orang sahaja.Disebabkan kampung ini adalah kawasan penempatan yang baru, maka sekolah ini diberi nama “ SIN CHONE ” yang membawa makna “ PERKAMPUNGAN BARU ” .

Pada tahun 1951 seramai 200 orang penduduk telah ditempatkan di kampung ini. Maka kadar pertambahan murid telah meningkat. Hasil daripada usaha sama dan sumbangan derma daripada MCA, terbina sebuah bangunan kayu untuk dijadikan sekolah.

Baginda Sultan Ismail Nasaruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin ( Sultan Negeri Terengganu ) ketika itu telah mencemarkan diri untuk merasmikan penubuhan Sekolah Sin Chone ini. Turut hadir meraikan penubuhan dan perasmian sekolah ini ialah Tuan Pegawai Daerah Dungun, Encik Tan Eng Ann J.P., Encik Chong Tien See J.P., Encik Tan See Yiu ( Bekas Guru Besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( C ) Chee Mong, Paka, Terengganu ) dan Encik Pua Mok Chuan PJK ( Bekas Pengerusi Jumaah Pengurus Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( C ) Kwang Hwa, Dungun, Terengganu ).

Pada tahun 1954, sebuah lagi bangunan kayu telah dibina bagi menampung pertambahan pelajar ketika itu. Pada tahun 1962 keseluruh pentadbiran sekolah ini diletak bawah pengusahaan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia.Sebelum itu, semua perbelanjaan dan tanggunggan kewangan adalah didapati hasil daripada sumbangan derma penduduk-penduduk kampung.

Pada tahun 1966, pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi membina sebuah bangunan kekal yang mengandungi 3 buah bilik darjah. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menterian Pelajaran Malaysia pada masa itu,Encik Lee Sok Yew pada 27hb. Mach 1963.Pada tahun 1981 , Encik Tai See Ping telah dilantik memegang jawatan sebagai Guru Besar di sekolah ini. Sepanjang pentadbiran beliau banyak perubahan dan kemajuan telah dicapai, di antaranya ialah menyediakan kemudahan eletrik dan air, pengubahsuaian bangunan memperbaharui pembinaan pagar sekolah serta mengecat bangunan.